IPOH: Sindiket pelacuran dan pusat hiburan yang menyediakan pakej wanita warga asing dengan bayaran sehingga RM10,000 satu malam tumpas selepas diserbu Jabatan Imigresen dalam Operasi Khas di sini pada Jumaat.
Operasi bermula jam 11 malam melibatkan dua sarang pelacuran dan tiga pusat hiburan karaoke di sekitar Ipoh itu menahan 141 orang dengan 117 daripadanya wanita warga asing, 14 lelaki warga asing manakala 10 lagi warga tempatan dipercayai penjaga premis.
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Imigresen, Jafri Embok Taha berkata, wanita yang ditahan terdiri daripada 52 warga China, 41 warga Vietnam, 21 warga Thailand, dua warga Indonesia dan seorang warga Laos berusia antara 18 hingga 36 tahun.
Menurutnya, kesemua mereka didapati terlibat dalam sindiket berkenaan yang beroperasi sejak setahun lalu dengan menawarkan perkhidmatan seks dan gadis pelayan pelanggan (GRO).
"Siasatan dijalankan mendapati, hanya 58 warga asing yang ditahan itu memiliki dokumen perjalanan antaranya pas lawatan sosial, pas khas lawatan kerja sementara dan pas pengajian yang masih sah laku sementara yang lain tidak memiliki dokumen sah untuk berada di negara ini.
"Kesemua mereka ditahan di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963 dan akan dibawa ke Depoh Tahanan Langkap untuk tindakan lanjut.
"Manakala 10 warga tempatan akan disiasat di bawah Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen 1959/63 atas kesalahan melindungai pendatang tanpa izin," katanya dalam sidang akhbar di Pejabat Imigresen Perak, Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) dekat Meru Raya di sini pada Sabtu.
Jafri Embok berkata, siasatan dijalankan mendapati, pelanggan yang membuat tempahan bilik di pusat hiburan dikenakan bayaran antara RM800 hingga RM10,000 mengikut kategori bilik dengan tempahan wanita warga asing RM150 bagi 1 jam.
Katanya, tempahan menerusi panggilan telefon itu hanya menyasarkan pelanggan tetap dan didapati mampu meriah keuntungan lebih RM24,000 sebulan.
"Bagi premis pelacuran pula, sindiket melakukan promosi wanita warga asing dengan mengggunakan foto-foto mereka melalui aplikasi telegram dan WhatsApp.
"Wanita yang dipilih akan diuruskan penjaga premis dan dihantar ke bilik disediakan dengan bayaran antara RM200 hingga RM500 manakala untuk 'outcall girl' caj perlu dibayar pelanggan antara RM800 hingga RM1,000.
"Transaksi bayaran ini adalah melalui tunai atau secara dalam talian sebelum wanita warga asing diserahkan kepada pelanggan," katanya.
Beliau berkata, serbuan oleh Bahagian Perisikan dan Operasi Khas Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya dan Pasukan Taktikal Khas (PASTAK) itu turut merampas sejumlah kondom, peralatan seks, 12 unit telefon bimbit, tuala, peralatan kamera litar tertutup (CCTV), kad perakam waktu, 58 pasport pelbagai negara dan wang tunai RM14,155.
"Semasa serbuan, terdapat warga asing cuba lari dan bersembunyi di bumbung serta di bilik-bilik rahsia yang dibina khas bagi mengaburi pihak berkuasa, namun segala usaha ini berjaya dipatahkan," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Jan 13 2024
Polis menahan 141 orang dengan 117 daripadanya wanita warga asing dalam serbuan di sekitar Ipoh, pada Jumaat. - Gambar hiasan
Trafik penumpang MAHB meningkat 7.6 peratus kepada 11 juta pada April 2024
Pergerakan penumpang MAHB berkembang sebanyak 7.6 peratus kepada 11 juta pada April 2024 berbanding 10.2 juta pada bulan sebelumnya.
Helikopter terhempas, Presiden Iran disahkan maut: Apa makna kepada Iran, dunia Islam?
Ikuti ulasan Pesuruhjaya Suruhanjaya Bebas Tetap Hak Asasi Manusia (IPHRC) Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Dato' Haji Ahmad Azam Ab Rahman mengenai tragedi helikopter terhempas yang meragut nyawa Presiden Iran, Ebrahim Raisi pada Isnin.
Pembunuh Muntik Bani terlepas hukuman gantung
Seorang bekas penjual tebu yang membunuh pembantu rumah warganegara Indonesia, Muntik Bani terlepas hukuman gantung.
15 ditahan kes masak mi segera di stesen minyak di Genting Highlands
Polis menahan 15 individu berkaitan kes tular yang dipercayai melakukan aktiviti memasak mi segera di sebuah stesen minyak di Genting Highlands, baru-baru ini.
Berdepan masalah jantung, Uyaina Arshad pilih bersalin secara pembedahan
Pasangan selebriti Uyaina Arshad melahirkan rasa syukur apabila dia sudah selamat melahirkan cahaya mata kedua pada Jumaat lalu.
Pahang hantar bantuan barangan 30 tan ke Palestin
Kerajaan Pahang akan menghantar 30 tan barangan bantuan kemanusiaan ke Gaza bagi meringankan beban rakyat Palestin.
Malaysia dukacita tragedi timpa Presiden Iran
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim zahir rasa hiba dan sedih di atas khabar Presiden Iran, Ebrahim Raisi yang terkorban dalam nahas helikopter terhempas.
Kubur suspek serang Balai Polis Ulu Tiram perlu dijarakkan - Jawatankuasa Fatwa
Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor memutuskan kedudukan kubur suspek yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram perlu berjauhan dari liang lahad kubur yang lain.
Helikopter terhempas: Malaysia dukacita tragedi menimpa Presiden Iran - PM
Datuk Seri Anwar Ibrahim hiba dan sedih atas laporan Presiden Iran, Ebrahim Raisi yang terkorban dalam nahas helikoptyer terhempas pada Isnin.
Polis siasat serangan bersifat rambang atau terkoordinasi
Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyiasat sama ada beberapa insiden melibatkan keselamatan institusi penting negara dan yang membabitkan Ahli Parlimen sejak beberapa hari lepas adalah tindakan rambang atau rancangan terkoordinasi.
Geng Bala tumpas, 13 wanita warga asing diselamatkan
Polis menumpaskan sindiket pelacuran, Geng Bala selepas menyelamatkan 13 wanita warga negara asing menerusi lima serbuan berasingan sekitar daerah ini dan Kulai pada 21 April hingga 1 Mei lalu.
120 pelacur, GRO ditahan di premis hiburan di Kuantan
Seramai 151 individu ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam Ops Khas di 17 premis hiburan di sekitar daerah ini pada malam, Jumaat.
Premis urut tawar khidmat ranjang wanita warga asing diserbu
Serbuan Op Noda Mega dilancar Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman di Serdang dan Gombak di Selangor serta Sentul, Kuala Lumpur, semalam.
Sindiket pelacuran sedia pakej wanita warga asing RM10,000 di Ipoh tumpas
Sindiket pelacuran dan pusat hiburan yang menyediakan pakej wanita warga asing dengan bayaran sehingga RM1,000 satu malam tumpas di Ipoh.
Imigresen tumpaskan sindiket pelacuran 'outcall girl'
JIM berjaya menumpaskan satu sindiket pelacuran outcall girl dalam satu Operasi Khas pada 5 Januari lalu di Kuala Lumpur.
37 wanita asing mangsa eksploitasi seks diselamatkan
Polis berjaya menyelamatkan seramai 37 wanita warga asing disyaki menjadi mangsa eksploitasi untuk kegiatan persundalan menerusi serbuan di sekitar Selangor, pada khamis.
Pusat panggilan sindiket pelacuran antarabangsa kaut RM1 juta sebulan diserbu
Polis menyerbu sebuah 'pusat panggilan' kegiatan sindiket pelacuran antarabangsa yang beroperasi dalam talian dan mampu mengaut keuntungan sehingga RM1 juta sebulan.
Imigresen tahan 72 warga asing, tumpas sindiket bekal pelacur di Kuala Lumpur
Jabatan Imigresen berjaya menumpaskan sindiket membekal wanita warga asing bagi tujuan khidmat seks di Kuala Lumpur.
Dipaksa melacur, tidak dibayar gaji
Wanita berumur 39 tahun itu ditemui bersama 17 wanita warga asing yang lain menerusi serbuan yang dijalankan sepasukan anggota polis daripada Balai Polis Jinjang.
Pekerja swasta rugi RM13,300 ditipu mahu dapatkan khidmat seks online
Padah cuba melanggan perkhidmatan seks secara dalam talian, seorang lelaki berusia 30-an ditipu RM13,300 di sini, baru-baru ini.